Dasar EOMS Kolej Komuniti Kok Lanas adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kemahiran selaras dengan Visi dan Misi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam bidang Multimedia Kreatif Pengiklanan, Terapi Kecantikan dan Spa serta Dandanan Rambut melalui penambahbaikan yang berterusan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan EOMS yang berkesan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Kolej Komuniti Kok Lanas komited untuk memastikan kehendak pelangan dipenuhi melalui pencapaian objektif EOMS yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem.