Dasar Kualiti KKKLK adalah seperti berikut:

KKKLK komited dalam membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan dalam program yang ditawarkan dengan mematuhi keperluan Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan ISO 21001:2018 melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. KKKLK juga beriltizam memastikan kepuasan pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala serta berusaha memenuhi tanggungjawab sosial dan keperluan pelajar berkeperluan khas serta komitmen ke arah pengurusan harta intelek.