Pengenalan

Pembudayaan ICT Hijau adalah amat penting sebagai usaha untuk menyokong pemuliharaan alam sekitar dan Dasar Teknologi Hijau Negara. Dasar Teknologi Hijau telah dilancarkan oleh kerajaan pada Ogos 2009. Antara salah satu strategi dalam dasar tersebut adalah berkaitan ICT. 

Apa itu Teknologi Hijau?

Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Apakah itu ICT Hijau? 

ICT Hijau merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan pelupusan komputer, pelayan (server) serta alat-alat aksesori seperti monitor, tetikus, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan efektif dengan memberi kesan yang minima atau tiada kesan terhadap alam sekitar.

Ini bertujuan untuk:

  • mengurangkan penggunaan bahan berbahaya
  • menjimatkan tenaga elektrik
  • memanjangkan jangka hayat penggunaan produk ICT

Muat turun Garis Panduan: Garis Panduan Penggunaan ICT ke arah ICT Hijau Dalam Perkhidmatan Awam