Bantuan Kewangan

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

 

OBJEKTIF

 Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM5,249.00 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.
    
 GOLONGAN SASARAN 

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang *berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM5,249.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

*PENDAPATAN KASAR BULANAN - Pendapatan kasar bulanan yang diperolehi daripada penggajian (gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja), perniagaan dan pendapatan lain seperti sewa, pencen dan bayaran berkala yang lain serta apa-apa perolehan atau keuntungan.

    
 JUMLAH BANTUAN Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk tiga (3) semester sahaja.
Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM400/sebulan atau RM2,400.00 sepanjang satu semester.
    
 PERINGKAT PENGAJIAN Sijil
    
 TEMPAT PENGAJIAN Kolej Komuniti
    
 SYARAT 
  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  3. Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM5,249.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  4. Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  5. Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  6. Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
    
 PERMOHONAN / PERTANYAAN Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti Kok Lanas yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan atau berhubung dengan Penyelaras Biasiswa iaitu Pn. Noor Azah binti Mohd Nor.

Kaedah Permohonan:

Isikan maklumat personal dengan lengkap dan tepat.

Lampirkan dokumen / salinan dokumen berikut:

*Semua salinan dokumen perlu disahkan.

Hantarkan borang permohonan dan semua salinan dokumen yang diperlukan kepada Penyelaras Biasiswa.

Sila muatnaik untuk rujukan:

Borang BKPKK dan Pengesahan Pendapatan