Apa itu EDUROAM?
Eduroam atau lebih dikenali sebagai ‘education roaming’ ialah perkhidmatan akses perantauan yang selamat digunakan di seluruh dunia untuk komuniti penyelidikan dan pembelajaran antarabangsa.
Eduroam membenarkan pelajar, penyelidik dan staf daripada institusi-institusi yang terlibat untuk menerima kemudahan Internet apabila melawat institusi- institusi terlibat hanya dengan log masuk menggunakan id institusi mereka sendiri.
Konsep eduroam adalah pengesahan pengguna dilakukan oleh institusi asal pengguna manakala kebenaran capaian ke rangkaian / internet dilakukan oleh institusi yang dilawati. Eduroam adalah salah satu projek MyREN (Malaysia Research and Education Network) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan diperluaskan penggunaannya kepada komuniti Kolej Komuniti Malaysia.
Perkhidmatan ini boleh digunakan di mana-mana institusi pengajian tinggi yang berdaftar di seluruh dunia.
Untuk rujukan senarai institusi yang terlibat dan perkhidmatan Eduroam, boleh layari capaian di bawah:
- Dalam Negara - https://mon.eduroam.my/participants
- Luar Negara - Keseluruhan (https://monitor.eduroam.org/map_service_loc.php)
Tatacara Penggunaan Wifi Eduroam di Kolej Komuniti Kok Lanas: Muat Turun Di Sini⤵️
