Pengenalan
Pembudayaan ICT Hijau adalah amat penting sebagai usaha untuk menyokong pemuliharaan alam sekitar dan Dasar Teknologi Hijau Negara. Dasar Teknologi Hijau telah dilancarkan oleh kerajaan pada Ogos 2009. Antara salah satu strategi dalam dasar tersebut adalah berkaitan ICT.
Apa itu Teknologi Hijau?
Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Apakah itu ICT Hijau?
ICT Hijau merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan pelupusan komputer, pelayan (server) serta alat-alat aksesori seperti monitor, tetikus, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan efektif dengan memberi kesan yang minima atau tiada kesan terhadap alam sekitar. Ini bertujuan untuk: mengurangkan penggunaan bahan berbahaya menjimatkan tenaga elektrik memanjangkan jangka hayat penggunaan produk ICT.
Muat turun Garis Panduan: Garis Panduan Penggunaan ICT ke arah ICT Hijau Dalam Perkhidmatan Awam
Muat Turun:

Garis Panduan Penggunaan ICT ke arah ICT Hijau Dalam Perkhidmatan Awam
Tiga Peringkat Utama Amalan ICT Hijau
- Peringkat Perolehan Peringkat di mana perolehan produk ICT yang mempunyai ciri-ciri ICT Hijau Perolehan ICT hendaklah mempunyai spesifikasi berikut:
- Penjimatan penggunaan tenaga elektrik.
- Pengeluaran karbon yang rendah. Pengeluaran haba yang rendah.
- Penggunaan bahan toksik yang minimum seperti dakwat pencetak (ink) dan toner.
- Komponen di dalam produk tersebut yang boleh diguna semula.
- Produk atau sistem ICT yang boleh meningkatkan prestasi mesra alam untuk kegunaan bukan ICT seperti energy control systems, environmental monitoring system di dalam bangunan dan lain-lain yang berkaitan Produk ICT hendaklah mendapat pengiktirafan sebagai green(hijau), eco-friendly, energy star dan yang berkenaan dari peringkat negara atau antarabangsa.
Peringkat Penggunaan Peralatan ICT
Peringkat di mana pembudayaan amalan hijau dalam penggunaan peralatan ICT bagi kerja-kerja seharian mengguna pakai prinsip pengurangan (reduce), penggunaan semula (reuse) dan kitar semula (recycle).
Peringkat Pelupusan
Peringkat di mana proses pelupusan produk yang perlu dilupuskan mengikut tatacara yang mengambil kira pemuliharaan alam sekitar.