Pengajian Malaysia | Menyingkap Perjuangan, Identiti dan Aspirasi Sebuah Negara Merdeka

 

Susunan : Ahmad bin Sulaiman
Editor : Cik Siti Nor Suhaila binti Che Amat 
e ISBN 978-967-15813-7-7

Terbitan: Kolej Komuniti Kok Lanas
Cetakan Pertama 2025

Buku ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada Siri Pendidikan Kolej Komuniti, bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus Pengajian Malaysia yang ditawarkan di peringkat sijil khususnya di Kolej Komuniti. Kandungan buku ini disusun dengan rapi bagi membantu para pensyarah dan pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang unik dan bersejarah.
Topik yang dibincangkan merangkumi zaman kebangkitan pejuang Melayu, yang menjadi pemula kepada kesedaran nasionalisme, sehinggalah kepada pembentukan struktur pentadbiran negara moden seperti yang wujud hari ini. Perjalanan ini bukan sahaja penting dalam membina identiti nasional, malah menjadi asas kepada perpaduan dan kestabilan politik negara.
Diharapkan buku ini dapat menjadi rujukan berguna kepada para pensyarah dan pelajar serta pembaca umum dalam memahami sejarah perjuangan, pembentukan sistem pemerintahan, dan cabaran dalam membina Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan progresif.

Muat Turun:
pdf Pengajian Malaysia | Menyingkap Perjuangan, Identiti dan Aspirasi Sebuah Negara Merdeka
Tarikh27-11-2025
Saiz Dokumen 2.26 MB
Muat Turun 76