Pengenalan
Unit Teknologi Maklumat (UICT) di Kolej Komuniti berfungsi sebagai pusat sokongan ICT yang memastikan infrastruktur teknologi sentiasa beroperasi dengan baik, menyokong pengajaran dan pembelajaran, serta mengurus keselamatan rangkaian dan sistem kolej.
Fungsi Unit
- Menyediakan infrastruktur ICT
Menjamin kemudahan komputer dan rangkaian internet sentiasa lengkap dan terkini. - Sokongan teknikal untuk pengajaran & pembelajaran
Membantu pensyarah dan pelajar dalam penggunaan teknologi semasa kelas, termasuk perisian dan perkakasan. - Pengurusan rangkaian & keselamatan data
Mengurus talian internet, rangkaian komputer, serta menjaga keselamatan sistem kolej. - Pengurusan sistem & aplikasi komputer
Menyelia perisian, perkakasan, serta aplikasi baharu atau sedia ada yang digunakan oleh kolej. - Perancangan bajet ICT
Merancang dan mengurus peruntukan kewangan untuk keperluan ICT kolej. - Pengurusan aset ICT
Mengurus permohonan, perolehan, dan penyelenggaraan aset ICT seperti komputer, server, dan peralatan rangkaian. - Pengurusan akaun emel pengguna
Menyediakan dan menyelenggara akaun emel rasmi staf dan pelajar. - Pengurusan laman web kolej
Menyelia kandungan, reka bentuk, dan keselamatan laman web jabatan.
Carta Organisasi
